Perkara Sunat Puasa
Di antara perkara sunat ketika berpuasa ialah:
a. Segera Berbuka
Apabila terbenam matahari atau di kumandangkan azan manghrib, hendaklah segera berbuka puasa.
Doa berbuka Puasa:
b. Melewatkan Waktu Sahur
Hal ini sunah di lakukan selagimana tidak di khuatiri terbitnya fajar shadiq. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Makan sahurlah, kerana dalam sahur itu ada berkah”.
Dalam banyak kitab sahih disebutkan sebuah hadith dari Zaid bin Thabit, ia berkata: “Suatu hari kami pernah bersahur bersama Rasulullah s.a.w, lalu kami melaksanakan solat subuh”. Ada yang bertanyakan kepada Zaid waktu ia menceritakan itu, “ Kira-kira berapa lama jarak antara makan sahur dan solat anda pada waktu itu?” Ia menjawab, “Kira-kira selama orang membaca 50 ayat al-Quran.
Waktu Sahur di mulai dari pertengahan malam.Yang lebih utama adalah melakukan pada saat menjelang fajar.
Rasulullah S.A.W amat menganjurkan umatnya agar bersahur kerana terdapat keberkatan pada waktu itu. Sabda baginda S.A.W :
“Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan.” -Hadis riwayat al-Bukhari -
Maksud kerberkatan di sini ialah wujudnya ganjaran serta pahala yang besar di dalam ibadah sahur tersebut. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani : “Keberkatan sahur itu diperolehi melalui beberapa segi, iaitu mengikuti sunnah, menyelisihi ahli kitab, menambah kekuatan dan semangat untuk beribadah, menghindari tabiat buruk yang timbul akibat lapar, menjadi sebab untuk bersedekah kepada orang yang meminta saat itu, menjadi sebab untuk berzikir dan berdoa pada waktu yang mustajab dan memberi kesempatan untuk berniat bagi mereka yang belum sempat berniat puasa sebelum tidur.”
Antara hikmah disyariatkan bersahur adalah untuk membezakan antara ibadah puasa orang Islam dengan ibadah puasa orang Yahudi dan Kristian (ahli kitab). Sabda Rasulullah SAW :
“Pemisah (yang membezakan) antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur.” - Hadis riwayat al-Tirmizi.
c. Memperbanyakkan Sedekah Dan Membaca Al-Quran.
Hal ini kerana puasa sebagai pengingat akan penderitaan orang-orang miskin. Kebajikan yang dilakukan pada bulan ramadhan, mendapat pahala yang berlipat ganda. Lebih dari kebajikan-kebajikan yang dibuat di luar bulan Ramadhan . Allah berfirman dalam Hadis Qudsi yang bermaksud:
“Tiap-tiap kebaikan dibalas dengan 10 pahala hingga 700 pahala kecuali puasa, dia untuk-Ku dan aku akan membalasinya”.
Mentadarus al-Quran secara beramai-ramai merupakan amalan utama di bulan Ramadhan. Maksud bertadarus adalah membaca al-Quran secara beramai-ramai, seorang demi seorang sambil disemak oleh orang lain.
d. Mandi hadas besar sebelum terbit fajar
Bagi yang dalam berkeadaan berhadas, mandi sebelum terbit fajar adalah disunatkan.
e. Membaca doa sebelum berbuka puasa
Rasulullah s.a.w ketika berbuka, baginda berdoa:
“Ya Allah, kerana-Mu aku berpuasa dan atas rezeki dari-Mu aku berbuka”
f. Memberi jamuan berbuka kepada orang berpuasa
Hadis riwayat al-Tirmizi dalam sunan al-Tirmizi, Kitab al-Shaum, hadis no: 735 menyatakan:
Maksudnya:
"sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang yang berpuasa, iaitu paala orang yang berpuasa tidak di kurangkan walaupun sedikit."
1. Pendidikan Islam, sasbadi olehHamil @ Amir Abdul Hameed & Mohd Shukri Othman,
2. Syaikh Khalid bin Abdullah Asy-Syaqifah, 2004, Fikih Imam Syafi’i Puasa & Zakat, Pustaka Azam, Jakarta.
No comments for "Perkara Sunat Puasa"