Rukun Puasa





-->Rukun-rukun Puasa ada dua iaitu:

  1. Niat

Niat harus di perbaharui setiap hari dan yang lebih utama lagi bila ia di lafazkan. Hadis Riwayat Muslim:

Sesungguhnya segala perbuatan harus dengan niat”
Dalam puasa wajib, niat harus di tetapkan sebelum fajar dan menyebutkan jenis puasanya seperti puasa bulan ramadhan, qadha puasa, puasa nazar atau puasa kafarat.
Niat ini biasanya terlaksana dengan makan sahur untuk berpuasa , maka hal itu sudah dianggap sah. Dalil untuk masalah ini adalah hadith yang di riwayatkan oleh penyusun Kitab-Kitab Sunan di mana Nabi s.a.w bersabda:
“ Barangsiapa tidak menetapkan puasa sebelum fajar, maka tidak ada puasa baginya.”

Lafaz niat Puasa ialah :

-->


--> b. Manahan Diri

Menahan diri di sini bermaksud menahan diri dari segala hal yang membatalkan puasa dari terbitnya fajar shadiq hingga terbenam matahari. Selain itu, menahan diri di sini juga bermaksud Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, berkata-kata yang buruk atau sia-sia, dan daripada bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan kesabaran, kejujuran dan bertolak ansur sesama sendiri. Maka secara tidak langsung, puasa juga menolong menanam sikap yang baik dan berbudi. Dan kesemuanya itu diharapkan berlanjutan ke bulan-bulan berikutnya, dan tidak hanya pada bulan puasa.

Firman Allah S.W.T:

Maksudnya: " Makan dan minumlah kamu semua sehingga jelas bagi kamu (dapat membezakan) antara benang putih dan benang hitam dari waktu fajar (Subuh). Kemudian, sempurnakan puasamu sehingga malam (Maghrib)". - Surah Al-Baqarah: 187-

Menurut 'Ashim bin Umar al-Khattab r.a, ayahnya mendengar Rasulullah s.a.w telah bersabda:

Maksudnya: "Apabila datangnya malam dari sini (ufuk timur) dan berlalunya siang dari sini (ufuk barat) serta matahari kelihatan mula terbenam, kamu bolehlah berbuka puasa".
-Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim-


Sumber Rujukan:
1. Pendidikan Islam, Sasbadi.
2. Fiqh Iman Shafi'i Puasa dan Zakat oleh Syaikh Khalid


-->

No comments for "Rukun Puasa"