Qada, Fidyah dan Kifarah Puasa


-->
1) QADA
Qada pada bahasa bererti membayar. Manakala pada istilah syarak, qada bermaksud mengerjakan semula atau menggantikan ibadat puasa yang tidak sah, tertinggal, atau sengaja di tinggalkan pada hari yang lain.
Hukum Qada’ Puasa Ramadhan
Wajib menggantikan puasa Ramadhan bagi yang membatalkan puasa Ramadhannya sama ada kerana keuzuran ataupun tanpa sebarang keuzuran.
Firman Allah Ta’ala :
أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Maksudnya : “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 184)
Waktu Qada’ Puasa Ramadhan
Waktunya selepas bulan Ramadhan sehingga ke bulan Ramadhan yang berikutnya. Walaubagaimanapun qada’ puasa yang di lakukan dalam masa di larang berpuasa adalah tidak sah contohnya seperti di hari raya.
Adapun bagi orang yang mengakhirkan qada’ Ramdhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi maka ia wajib qada’ dan membayar fidyah.

2) FIDYAH
Fidyah puasa pula ialah mengeluarkan secupak makanan asasi sesebuah Negara yang diberikan kepada fakir miskin bagi setiap hari puasa yang di tinggalkan.
Hukum Fidyah
Wajib di keluarkan berdasarkan Firman Allah Ta’ala :
أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Maksudnya : “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 184)
Sebab-sebab wajib Fidyah
1) Tidak mampu melakukan ibadah puasa
2) Sakit yang tidak mampu untuk sembuh
3) Perempuan hamil atau menyusukan anak iaitu jika berpuasa mendatangkan mudharat kepada anak yang di kandung dan boleh mengurangkan air susu
4) Mengakhirkan qada’ Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya
3) KIFARAT PUASA
Kifarat puasa ialah denda yang di kenakan kepada suami yang melakuan jimak dengan isteri pada siang hari dengan sengaja pada bulan Ramadhan dalam keadaan berpuasa. Dendanya ialah memerdekakan seorang hamba. Jika tidak mampu, hendaklah berpuasa dua bulan berturut-turut. Jika tidak mampu juga, wajib memberi 60 cupak makanan asasi kepada 60 orang miskin.
Golongan yang di haruskan meninggalkan puasa Ramadhan wajib menggantikannya mengikut kategori seperti di dalam rajah berikut:


Beberapa Catitan Penting :
1. Lewat qadha' puasa:
  • Jika lewat qadha' puasa hingga datang bulan ramadhan yang lain, wajib membayar fidyah secupak pada tiap-tiap hari puasa, dan jika lewat dua tahun, melewati dua kali ramadhan, wajib berfidyah sebanyak dua cupak dan begitulah seterusnya di samping wajib mengqadha' puasa itu.
2. Orang yang mati sebelum qadha' puasa:
  • Orang yang luput puasa ramadhan kerana sakit atau musafir dan ia mati sebelum mengqadha'nya, tidak wajib diikut dengan qadha' atau fidyah dan tidak berdosa.
  • Jika seseorang itu mati sebelum mengqadha' puasanya dengan ketiadaan uzur, maka walinya hendaklah mengqadha'kannya atau mengeluarkan fidyah secupak pada tiap-tiap hari puasanya.
  • Fidyah puasa : Mengeluarkan secupak bahan makanan asasi ( di negara kita - beras) untuk tiap-tiap hari puasa yang ditinggalkan, kepada fakir miskin.


Sumber Rujukan:

1.Syaikh Khalid bin Abdullah Asy-Syaqifah, 2004, Fikih Imam Syafi’i Puasa & Zakat.
2. LaluKhidir, 1981, Puasa dan Aspek-aspek Kehidupan Manusia.
3. Musyarawahab, 1995, Roh Ramadhan Aidil Fitri
4. Hamil @ Amir Abdul Hameed & Mohd Shukri Othman, 2008, Pendidikan Islam, Sasbadi Sdn.Bhd.

2 comments for "Qada, Fidyah dan Kifarah Puasa"

Unknown said…
Kalau pesakit stroke Bolehkah bayar fidyah?Tahun lalu saya hanya berpuasa 1 hari sahaja,puasa ke 2 saya kena stroke.Berspakah kadar fidyah yg harus saya kena.
Unknown said…
Saya puasa penuh. x pernah tinggal puasa