Jenis dan Nizab Zakat


Binatang ternakan yang wajib dikeluarkan zakat ialah:
  1. Lembu 
  2. Kerbau 
  3. Kambing 
  4. Biri-biri (Kibas) 
  5. Unta 



Syarat-syarat khas binatang ternakan ialah: 
  1. Ia bukan binatang yang digunakan sebagai kenderaan, alat pengangkutan, alat kerja dan sebagainya. 
  2. Kepunyaan sendiri 
  3. Bebas makan rumput dimana-mana bukan dibeli 
  4. Cukup nisab, iaitu kadar tertentu yang dikenakan oleh syarak. 
  5. Cukup tempoh setahun atau haul. Jangka masa demikian bersaskan 12 bulan islam. 


Nisab dan kadar zakat kambing ialah 40 ekor seperti dalam jadual berikut:



Nisab dan kadar lembu dan kerbau ialah 30 ekor seperti dalam jadual berikut:



Nisab dan zakat bagi unta adalah 5 seperti jadual yang berikut:




[]Syarat wajib mengeluarkan zakat pertanian ialah: 

  1. Pemiliknya orang Islam; 
  2. Merdeka; 
  3. Milik seridiri; 
  4. Cukup nisab; 
[]Cukup Nisab zakat pertanian ialah 5 ausuq bersamaan 1000kg. Bagi padi nisabnya ialah 1300kg dan nisab buah-buahan pula ialah 700kg. 

[]Hasil tanaman yang tumbuh dengan air hujan, air mata air, air sungai, atau tumbuhan di merata-rata, kadar zakatnya ialah 10%. 

[]Hasil tanaman yang disiram dengan mengeluarkan perbelanjaan, kadar zakatnya ialah 5%. 

Hadis Nabi S.A.W. :
Maksudnya:Tidak ada sedekah (zakat) pada biji dan kurma kecuali apabila cukup lima wasaq (kurang atau lebih drp 700kg) (Riwayat Muslim)



[]Syarat wajib zakat emas dan perak ialah: 

  1. Milik onang Islam; 
  2. Dimiliki oleh orang yang mendeka; 
  3. Hak milik sepenuhnya; 
  4. Cukup nisab; 
  5. Genap setahun. 
[]Barang tersebut bukan dijadikan barang perhiasan wanita

[]Nisab zakat emas ialah 20 dinar (mitsqal) bersamaan 85 gram. Kadar zakatnya ialah 2.5%. Jika seseorang memiliki 85 gram emas atau lebih dan genap setahun dimilikinya, wajiblah dia mengeluarkan zakatnya dengan kadar 2.5%. 

[]Nisab zakat perak ialah 200 dirham bersamaan dengan 595 gram. Kadarnya ialah 2.5% setelah dimiliki genap setahun. 

Firman Allah S.W.T.: 
Maksudnya: Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak (tidak dikeluarkan zakat) dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka beritahulah kepada mereka bahawa mereka akan mendapat azab yang pedih. (Surah At-Taubah: Ayat 34) 


KAEDAH KIRAAN ZAKAT EMAS DAN PERAK

1. Emas Perhiasan Wanita 
Emas perhiasan wanita ialah emas yang dibeli atau digunakan sebagai perhiasan di badan.. Jika kadar pemakaian itu tidak mencapai atau melebihi kadar uruf, maka tidak wajiblah membayar zakat emas perhiasan tersebut. Kadar uruf emas di negeri Selangor ialah sebanyak 800 gram

Contoh: (Timbangan emas x harga semasa x 2.5%)900 gram x RM50 = RM45000 x 2.5% = RM1125

2. Emas Yang Disimpan
Bermaksud emas yang selain daripada perhiasan wanita yang dipakai di badan samaada dalam bentuk mata wang, simpanan, galian, peralatan rumah dan sebagainya.
Ia dikenakan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah yang ada sekiranya kadar yang dimiliki itu sama atau melebihi nisabnya iaitu 85 gram. Ia tidak sama dengan emas perhiasan yang dipakai. Nisab emas yang tidak dipakai ialah sebanyak 85 gram

Contoh:Timbangan emas x harga semasa x 2.5%90 gram x RM50 = RM4500 x 2.5% = RM112.50

3. Perak
Bagi logam perak, samaada dipakai sebagai barang perhiasan ataupun tidak (disimpan sebagai perhiasan di rumah), maka pengiraannya adalah berdasarkan nilai barang perak tersebut. Nisab bagi perak adalah sebanyak 595 gram atau lebih

Contoh:800 gram perak x RM0.90(segram) x 2.5% = RM18

#kaedah pengiraan diambil daripada Portal Lembaga Zakat Selangor



[]Syarat-syarat wajib zakat perniagaan ialah: 

  1. Diliki oleh orang Islam; 
  2. Dimiliki oleh orang yang merdeka; 
  3. Milik sepenuhnya; 
  4. Cukup nisab; 
  5. Genap setahun. 
[]Kadar nisab bagi harta perniagaan ialah 20 mithqal atau 85 gram mengikut harga emas semasa. Kadar zakatnya ialah 25% 

[]Setiap tahun peniaga hendaklah membuat kira-kira tentang barang-barang perniagaannya. Tahun perniagaan dikira dari tarikh mula berniaga. Semua barang yang terdapat di kedai dan untungnya dikira. Apabila cukup nisab, maka wajiblah dikeluarkan zakatnya seperti zakat emas iaitu 2.5%.

Sabda Rasulullah S.A.W.: 
Maksudnya: Dari Samurah: Rasulullah SA.W memerintahkan kepada kaml mengeluarkan zakat dari barang yang disediakan untuk dijual. (Hadis riwayat Daruquthni dan Abu Daud) 


KAEDAH PENGIRAAN ZAKAT PERNIAGAAN 

1. Kaedah Model Berkembang “Growth Model” 
Ia mengambil kira ekuiti pemilik entiti perniagaan tersebut, sumber-sumber pembiayaan kewangan dan dibuat pelarasan sama ada dicampur atau sebaliknya. Di dalam istilah yang lebih ringkas ialah Modal dicampur dengan Keuntungan 

( Ekuti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang - Aset Tetap - Aset Bukan Semasa +/- Pelarasan = Harta Perniagaan Yang Tertakluk Kepada Pengiraan Zakat )

2. Kaedah Model Modal Kerja “Working Capital” 
Ia mengambil kira kedudukan Harta Semasa perniagaan ditolak dengan tanggungan semasa perniagaan dan dibuat pelarasan dengan beberapa perkara yang berkaitan dengan zakat yang perlu diambil kira. Pelarasan ini dibuat samaada dengan mencampurkan item-item yang telah dikenalpasti perlu ditambah atau membuat tolakan. 

( Aset Semasa - Liabiliti Semasa +/- Pelarasan = Harta Perniagaan Yang Tertakluk Kepada Pengiraan Zakat )

PELARASAN
Pelarasan yang terlibat dalam pengiraan di atas adalah bersumberkan hujah dan asas seperti berikut: 

#Ditolak Daripada Aset Semasa. 
Semasa mengambil kira harta semasa berikut adalah perkara yang perlu dibuat pelarasan:

Barang-barang Tidak Wajib Zakat 
Hendaklah dikeluarkan seperti barang-barang dan hasil yang haram umpama riba, judi dan arak. 

Bukan Milik Sempurna 
Bayaran deposit air, deposit telefon, elektrik dan lain-lain yang seumpamanya hendaklah ditolak kerana ia tidak memenuhi syarat-syarat milik sempurna. (Zakat hanya tunduk kepada penerima deposit yang berkenaan seperti Telekom, TNB). 

Si Penghutang Kewangan 
Wang yang dipinjamkan akan dikenakan zakat atas si peminjam berdasarkan bahawa ciri-ciri milik sempurna aset tersebut berpindah ke si peminjam. Si peminjam berkuasa dan bebas untuk menguruskan wang itu untuk sebarang tujuan dan mendapat manfaat di atas pinjaman itu 

Tiada Item Yang Dikenakan Zakat Dua Kali 
Nilai dividen yang sudah dibayar zakat oleh syarikat yang dilaburkan akan ditolakkan. 

Aset Semasa Mestilah Yang Produktif 
Hutang lapuk, stok lupus, penurunan nilai yang ketara & kekal hendaklah ditolak. 

Tabung-tabung Yang Bersifat Kebajikan 
Tabung bagi tujuan kebajukan seumpama khairat, pendidikan yang terdapat dalam aset semasa akan dikecualikan dari zakat. Walaubagaimanapun, tabung kebajikan yang bersifat pusingan seperti pinjaman Qardhul Hassan, amaun yang dikecualikan zakat adalah nilai pokok yang dimanfaatkan manakala bagi tabung kebajikan yang bersifat 'hangus' melalui pemberian derma, khairat maka hanya nilai baki tabung yang dikecualikan 

Bagi Kategori Inventori / Stok 
Barangan akhir siap sahaja diambil kira; manakala stok bahan mentah serta kerja dalam proses tidak diambil kira 

#Aset Semasa (Kes Pelarasan yang perlu dicampur)
Semua sumbangan, derma dan sedekah yang dibuat oleh entiti perniagaan tersebut pada akhir haul (sukuan terakhir) perlu dicampurkan semula (dengan andai derma itu tidak menggugat kecairan syarikat) ke dalam harta semasa kerana harta semasa yang disalurkan untuk kebajikan masih dikenakan zakat kecuali kalau sumbernya adalah dari tabung kebajikan. 


#Dicampur Kepada Tanggungan Semasa 

Menurut pendapat Imam Syafie - Tidak ada syarat hutang dalam menentukan samaada harta tersebut layak nisab ataupun tidak. Menurut pendapat Syafie hutang kewangan (bukan liabiliti perdagangan) tidak menghalang kewajipan zakat.
Bagi memenuhi nisab, liabiliti semasa yang boleh ditolak adalah yang ianya bersifat operasi sahaja termasuk:

  1. Pemiutang Perdagangan (Trade Creditors). 
  2. Kos operasi (Operation Payables) seperti gaji, elektrik, telefon 
  3. Cukai. 
Oleh yang demikian pelarasan adalah melibatkan item-item yang tidak dibenarkan tolakan seperti berikut:

  1. Bukan berbentuk operasi perniagaan iaitu 'financial loans' dan pengkelasan semula pinjaman berjangka. 
  2. Dividen yang dicadangkan (Dividend Payable). 
  3. 'Overdraf'. 
  4. Pajakan kewangan / modal (financial / capital lease). 
#kaedah pengiraan diambil daripada Portal Lembaga Zakat Selangor



Rikaz ialah harta benda milik orang-orang dahulu kala yang berharga yang dijumpai dalam tanah. Harta tersebut wajib dikeluarkan zakat. 
Kadar zakat harta rikaz ialah 20% daripada jumlah harta yang dijumpai.

Sabda Rasulullah S.A.W.: 
Maksudnya: Zakat rikaz (harta karun) seper1ima (20%). (Riwayat Bukhari dan Muslim) 



Pendapatan bermaksud perolehan yang merangkumi pendapatan gaji dan pendapatan bebas seperti pendapatan ahli profesional. Walau bagaimanapun perolehan hasil harta yang tidak mempunyai struktur zakatnya tersendiri dan juga sumbangan daripada mana-mana pihak jua sekalipun adalah juga diserapkan dalam perbincangan ini. Kesemuanya ini dibincangkan sekaligus kerana persamaan asasnya yang menjadikan hukum bagi kesemuanya adalah sama. 

Pengertian gaji ialah pendapatan pengajian seseorang yang merupakan ganjaran perkhidmatannya dengan sesuatu majikan atau orang perseorangan atau syarikat atau institusi seperti Gaji tahunan , Tunggakan gaji Pelbagai elaun dan Lain-lain (termasuk bonus atau sesuatu yang boleh dikira sebagai pendapatan yang berkaitan dengan penggajian. Pendapatan bebas ialah pendapatan seseorang melalui sesuatu kerja atau usaha kepakaran atau perkhidmatan yang merupakan ganjaran daripada khidmatnya. Seperti Khidmat guaman , Khidmat nasihat , Juru perunding , dan lain-lain.

Firman Allah swt: 
Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu." (Surah al-Baqarah (ayat 267) 

KAEDAH PENGIRAAN ZAKAT PENDAPATAN


Terdapat 2 garis panduan mengira zakat pendapatan 
Kaedah 1 
2.5 % atas jumlah pendapatan kasar setahun (jika pendapatan tersebut melebihi nisab) 
*Sekiranya gaji anda sebulan ialah RM 2,000 maka gaji setahun anda ialah RM 24,000. Jumlah zakat pendapatan yang perlu anda bayar ialah 2.5% x RM 24,000 iaitu RM 600 di mana purata bayaran zakat bagi satu bulan ialah RM 50.

Kaedah 2
Membayar zakat setelah menolak perbelanjaan-perbelanjaan asas yang dibenarkan (berlandaskan kaedah penolakan yang dibenarkan) 
*Cara kedua ini mengambilkira penolakkan yang dibenarkan seperti diri sendiri (RM 8,000), isteri (RM 3,000), anak (RM 1,000 untuk seorang), caruman KWSP, pemberian ibu bapa dan caruman Lembaga Tabung Haji

#diambil daripada portal Lembaga Zakat Selangor



Mata wang wajib dikenakan zakat kerana ia boleh digunakan untuk bermuamalah sama dengan emas dan perak. Wang sama ada berbentuk kertas, syiling atau sebagainya setaraf dengan emas dan perak sebagai satu kuasa membeli. Nisab zakat wang simpanan adalah berdasarkan nilai semasa bagi nisab emas 20 mithqal (85 gram) atau perak (595 gram)

Kaedah Kiraan Zakat Wang Simpanan 


#Simpanan Tetap
Apabila sesuatu simpanan tetap itu telah genap setahun dan jumlahnya melebihi daripada paras nisab (nilai 85 gram emas), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah wang simpanan tersebut. 

#Simpanan Biasa
Ianya adalah dikira berdasarkan kepada jumlah baki terendah atau berakhir haul bagi simpanan tersebut. 

#Simpanan Dalam Satu Akaun
Jika sesuatu simpanan itu telah genap setahun dan baki terendahnya (setelah ditolak faedah yang ada dalam tempoh tersebut) adalah melebihi paras nisab, maka seseorang itu wajib untuk mengeluarkan zakat atas wang simpanan. 

#Simpanan Dalam Beberapa Akaun
Jika seseorang itu mempunyai beberapa akaun simpanan, maka baki terendahnya dari setiap akaun simpanan tersebut mestilah dicampurkan untuk mengira zakat walaupun mungkin jika dikira satu-satu akaun, baki terendahnya tidak mencukupi nisab. 

#diambil daripada portal Lembaga Zakat Selangor



Saham adalah wang yang dilaburkan dalam syarikat atau perniagaan. Ia adalah sebagai bukti pemilihan sesebuah perniagaan. Bagi sijil-sijil saham dalam sesebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Saham, ianya mudah untuk dijadikan wang tunai berbanding dengan saham dalam syarikat yang tidak tersenarai atau dalam koperasi. 

Panduan umum pengiraan zakat ialah 2.5% atas nilai terendah semua saham yang dimiliki selama setahun, setelah ditolak pinjaman membeli saham (jika ada). 

#Saham Yang Masih Dimiliki sehingga Hujung Haul 
Pengiraan zakat ialah 2.5 % atas harga terendah atas kos dan pasaran 
CONTOH: 200 lot (1 lot bersamaan 1000 unit) saham Syarikat Mukmin x RM1.00 (andaian harga terendah) = RM200,000 
RM200,000 x 2.5 % = RM5,000 (jumlah zakat)

#Saham Yang Dijual Beli Sepanjang Haul (setahun) 
Pengiraannya ialah 2.5 % atas nilai jualan saham-saham tersebut setelah ditolak kos pembelian 
CONTOH: jumlah nilai saham - kos belian 
RM500,000 - RM400,000 = RM100,000 
RM100,000 x 2.5 % = RM2,500 

#diambil daripada portal Lembaga Zakat Selangor 

No comments for "Jenis dan Nizab Zakat"